PENYELESAIAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN UKUR
Produk dan Perkhidmatan yang disediakan oleh MRI Survey Consultants adalah berlandaskan kepada keperluan dan kehendak pelanggan
yang inginkan penyelesaian data dan maklumat berkaitan dengan ukur dan pemetaan. Kepercayaan kukuh yang diberikan oleh pelanggan
adalah bersandarkan kepada amalan perkhidmatan di MRI Survey Consultants yang sistematik dan strategik secara berterusan.
Nilai-nilai kesepakatan, struktur organisasi yang berkualiti serta sifat-sifat keusahawanan dan profesional telah menjadi
landasan penting yang diperlukan oleh pelanggan untuk meneruskan kesinambungan perniagaan dalam MRI Survey Consultants . Untuk
bergerak maju kehadapan, fokus utama MRI Survey Consultants kini tertumpu kepada pengukuhan serta perkembangan perniagaan
teras menerusi perkhidmatan ukur dan pemetaan dengan mensasarkan kepada penyelesaian geospatial secara total. Integrasi Pelan
Perniagaan Korporat (IP2K) MRI Survey Consultants yang bergerak diatas landasan yang telah ditetapkan, mempunyai peranan
penting dalam menentukan halatuju strategik kearah usaha berterusan untuk menjana pertumbuhan positif sektor perniagaan .
MRI Survey Consultants bersedia untuk menjana perkongsian maklumat dan kepakaran bersama-sama pelanggannya yang ditawarkan
perkhidmatan dengan mengembangkan pemindahan ilmu, pengagihan kemahiran dan kepakaran, berkongsi pengalaman, menjana pengetahuan
dan pembelajaran untuk digunakan bersama-sama.
Sebagai organisasi korporat yang mengutamakan perkhidmatan terhadap pelanggan secara total; MRI Survey Consultants berharap
setiap produk dan perkhidmatan yang dibekalkan dapat membina kepercayaan dan keyakinan menyeluruh pelanggan-pelanggannya.
InsyaAllah, MRI Survey Consultants akan lebih berjaya dalam menentukan masa depannya kelak.
Ukuran Hakmilik
Perkembangan teknologi maklumat telah digabungkan dalam pengukuran hakmilik dengan menggunakan kaedah Field To Finish iaitu
sistem ukuran hakmilik secara bersepadu dan berkejituan tinggi. Kaedah ini dipraktikkan dalam setiap pengukuran hakmilik
yang diamalkan oleh MRI Survey Consultants dengan merekodkan setiap data cerapan kedalam kad memory dan gabungan peralatan
ukur. Kaedah cerapan data ini dapat meminimakan kesalahan pengukuran dan sebarang kesalahan dikenalpasti secara terus serta
data yang direkodkan daripada pengukuran dilapangan adalah dijamin berkejituan tinggi.
MRI Survey Consultants memberikan tumpuan utama berkenaan dengan pemantapan Sistem ICT, prosedur kerja dan amalan proses
kerja serta pengurusan fail kerja bagi setiap projek yang diamanahkan oleh pelanggan. Pelaksanaan penyelesaian ini telah membantu
mempercepatkan proses kerja-kerja pengukuran dan pengeluaran pelan yang diperlukan oleh pelanggan.
Penggunaan teknologi maklumat telah memberi kesan yang besar dalam meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan MRI Survey
Consultants kepada pelanggan dan pada masa yang sama dapat mengurangkan tempoh masa penyelesaian kepada pelanggan-pelanggan.
MRI Survey Consultants berkeyakinan tinggi dengan pelaksanaan dan penggunaan sistem ICT ianya telah membantu pengurusan
MRI Survey Consultants membuat keputusan dengan cepat dan tepat dalam merancang dan menguruskan kehendak dan keperluan pelanggan
yang mendapatkan perkhidmatan ukur dan pemetaan. MRI Survey Consultants berkeyakinan penuh untuk memenuhi kehendak pelanggan
untuk menyelesaikan segala keperluan berkaitan ukuran hakmilik meliputi urusan-urusan berkaitan dengan penentuan sempadan-sempadan
hakmilik, ukuran untuk pelupusan tanah, pelupusan tanah bawah tanah (stratum), pengambilan balik tanah bermilik, pecah bahagi
tanah, pecah sempadan atau penyatuan tanah, pecah bahagi bangunan (strata) yang melibatkan pelbagai sektor di Semenanjung
Malaysia seperti:
i. Ukuran Hakmilik untuk Sektor Badan Berkanun
ii. Ukuran Hakmilik untuk Sektor Pemaju Perumahan
iii. Ukuran Hakmilik untuk Sektor Swasta
iv. Ukuran Hakmilik untuk Individu
Ukuran Kejuruteraan
MRI Survey Consultants juga memberikan perkhidmatan berkaitan dengan pengumpulan maklumat topografi berkaitan dengan pemetaan
bagi kedudukan dan bentuk paramuka-paramuka dipermukaan bumi samada semulajadi atau cipta manusia. MRI Survey Consultants
memberikan perkhidmatan pengukuran dengan menggunakan kaedah pengukuran terkini dengan semakan dilakukan berbanding dengan
maklumat yang terdapat dalam peta topografi dimana ketepatan data pengukuran diberikan keutamaan.
MRI Survey Consultants mengabungkan Sistem Ukuran Kejuruteraan dalam penghasilan data topografi sejajar dengan keperluan
penting yang diperlukan dalam semua kerja-kerja perancangan kejuruteraan awam. Semua pengukuran akan dipastikan dirujuk
kepada tanda-tanda ukur yang sah seperti tanda sempadan, tanda ukur kawalan, batu tanda aras, monumen penyegitigaan, monumen
GPS dan sebagainya yang mempunyai nilai-nilai kawalan mendatar dan ketinggian. MRI Survey Consultants akan memastikan bahawa
setiap projek ukuran topografi yang dijalankan akan memenuhi keperluan ukuran dengan memastikan perolehan data-data spatial
bumi dapat dimaksimumkan kegunaannya untuk rekabentuk kerja-kerja kejuruteraan awam. Data-data yang dihasilkan oleh jurukur
MRI Survey Consultants akan dipastikan lengkap dan dapat digunakan untuk kerja-kerja pemancangan (setting-out) struktur binaan
kejuruteraan awam kepada parameter-parameter yang ditetapkan serta menghasilkan pelan lengkap dalam format sama ada dalam
bentuk digital atau cetakan. Ukuran kejuruteraan yang disediakan oleh MRI Survey Consultants meliputi pelbagai kategori kerja
dan dapat diklasifikasikan seperti berikut:
i. Topographical Survey
ii. Precise Levelling
iii. Terrestrial Photogrammetry
iv. Engineering Survey
v. Geodetic Survey
vi. GPS Positioning and Surveys
vii. Deformation Survey
Ukuran Hidrografi
MRI Survey Consultants juga menyediakan perkhidmatan bagi kerja-kerja ukuran hidrografi yang melibatkan kerja-kerja ukuran
sama ada didasar laut, sungai atau pun tasik. Produk akhir yang dihasilkan daripada pengukuran ini akan menjadi asas bagi
merangka kerja-kerja kejuruteraan seperti pembinaan dan penyelenggaraan struktur jalan raya, jambatan, empangan, pelabuhan
dan kawasan-kawasan pengairan, saliran dan lain-lain. Kerja-kerja berkaitan dengan ukuran hidrografi yang diberikan perkhidmatan
oleh MRI Survey Consultants meliputi kerja-kerja berikut:
i. Bathymetric Surveys
ii. Shoreline Monitoring Surveys
iii. Offshore Navigation and Positioning
iv. Tidal Observation
v. Current Observation
vi. Wave Measurement
vii. Seawater Quality Monitoring
Pemetaan Udara
MRI Survey Consultants juga menyediakan perkhidmatan bagi kerja-kerja penggambaran udara bagi projek-projek khas dikawasan
tertentu mengikut permintaan untuk tujuan pembangunan, pemetaan ataupun penyelidikan. Berikut adalah diantara skop ukuran
pemetaan udara yang disediakan oleh MRI Survey Consultants untuk memenuhi kehendak pelanggan iaitu:
i. Aerial Photography
ii. Digital Orthophoto
iii. Image Map
iv. Photogrammetric Line Mapping
v. Mosaics
vi. Digital Terrain Modelling
vii. Airborne Laser Scanning
Sistem Maklumat Geografi(GIS)
Perkembangan era teknologi maklumat yang melibatkan ukur dan pemetaan semakin pantas berkembang memerlukan penggunaan Sistem
Maklumat Geografi(GIS) untuk melakukan analisa terhadap data-data pengukuran. MRI Survey Consultants menyediakan perkhidmatan
Sistem Maklumat Geografi(GIS) yang mengabungkan maklumat spatial dan pangkalan data berkomputer yang mana segala maklumat
geografi yang diukur bagi sesuatu kawasan dapat diolah dan dianalisa.
Secara langsung perkhidmtan Sistem Maklumat Geografi(GIS) yang disediakan oleh MRI Survey Consultants akan dapat membantu
kerja-kerja perancangan dan pentadbiran maklumat yang berkaitan dengan hakmilik tanah, harta tanah, perhutanan, pertanian,
alam sekitar, pengangkutan, penerokaan minyak, gas asli dan lain-lain. Penyelesaian Sistem Maklumat Geografi(GIS) yang ditawarkan
oleh MRI Survey Consultants tidak terhad kepada data-data yang dihasilkan daripada pengukuran dilapangan sahaja tetapi ianya
juga meliputi perkhidmatan berikut:
i. GIS & LIS Development System
ii. Housing and Land Development
iii. Hardcopy Map Conversion
iv. Raster-to-vector Conversion
v. GIS Data Conversion
|