MRI Survey Consultants (Jurukur Tanah Berlesen)

Laman Utama | Visi & Misi | Produk Ukur | Perkhidmatan | Hubungi Kami | Lokasi

logomri.gif

Selamat Datang

Profil Korporat Perunding Ukur

PROFIL KORPORAT

MRI Survey Consultants merupakan perunding ukur dan pemetaan yang ditubuhkan untuk menawarkan perkhidmatan pengukuran berdasarkan kombinasi maklumat geospatial dan teknik pengukuran terkini kearah satu definisi baru kepada kecemerlangan perkhidmatan ukur dan pemetaan. Penglibatan MRI Survey Consultants dalam bidang ukur dan pemetaan adalah bermatlamat menjadi sebuah syarikat perunding ukur dan pemetaan terunggul yang kekal fokus kepada pelanggan-pelanggannya.

MRI Survey Consultants menyediakan perkhidmatan ukur dan pemetaan secara khidmat runding profesional yang berkeupayaan melaksanakan projek-projek berkaitan dengan sektor awam dan swasta dengan mengutamakan kefahaman terhadap kehendak pelanggan. Kejayaan MRI Survey Consultants adalah berlandaskan kepada pulangan perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan dan potensi peningkatan projek-projek yang ditawarkan.

MRI Survey Consultants berkembang dan bermatlamat untuk menjadi pembekal perkhidmatan ukur dan pemetaan secara total di Malaysia dengan kapasiti keupayaan dalaman berkaitan dengan ukuran hakmilik, ukuran topografi, ukuran hidrografi, fotogrametri, Sistem Maklumat Geografi(GIS) dan sebagainya. Komitmen jangka panjang MRI Survey Consultants dalam bidang pengukuran adalah secara berterusan dan berkeupayaan untuk bertindak balas terhadap keperluan pelanggan untuk menjadikan MRI Survey Consultants sebuah perunding ukur dan pemetaan yang terutama di Malaysia.

MRI Survey Consultants bermatlamat untuk menyampaikan nilai terbaik dalam perkhidmatan ukur, dengan mengutamakan kepuasan dan kesetiaan pelanggan terlaksana melalui kualiti dan standard terbaik didalam semua urusan dengan menggunakan kreativiti, inovasi dan teknologi bagi meletakkan MRI Survey Consultants sebagai peneraju bidang ukur dan pemetaan.

Keterangan Lanjut Sila Hubungi:

No. 6, Jalan DC, 1/2A
Desa Coalfields,
47000 Sungai Buloh,
Selangor Darul Ehsan

Phone:019-2410 800, 03-6038 2314 Fax:03-6038 1851

Email:1jurukur@gmail.com,1melaysia.com

ENGLISH VERSION

Your Preferred Surveying Solutions